Tuesday, January 11, 2011

Alternative Rock From A to E

Alternative Rock!!! one of my favirot genre of music... jadi sebagai permulaan saya akan ceritakan la serba sedikit tentang music ni.. tapi apa-apa pun saya nak bagi credit dulu kat band Temporary yang dianggotai oleh 5 orang iaitu Dogo, Zaie, Apai, Asfar dan Shun dimana mereka ni lah yang banyak bercerita pada saya pasal muzik....dulu hari-hari saya mengadap dorang, dah kami duduk serumah...heheheh..... ok kembali kepada muzik Alternative Rock..muzik ini juga digelar sebagai alternative music, alt-rock dan ada juga yang mengelar dengan nama alternative sahaja.. alt-rock ini merupakan salah satu daripada genre muzik rock yang muncul kira-kira pada tahun 1980 an dan menjadi popular pada tahun 1990 an.. Alternative Rock ini juga boleh dikatakan istilah/nama utama kepada muzik underground yang muncul selepas kemunculan muzik Punk Rock.. Kiranya Punk Rock lebih tua la selepas muzik Rock.. mungkin ramai yang kenal dengan band-band seperti Nirvana, The Cure, Oasis, Radiohead, The killer, Sonic youth, soundgarden dan etc... Genre muzik yang mereka bawa ini merupakan salah satu subgenre dari Alt-Rock iaitu seperti grunge, Britpop, gothic rock dan indie pop dan banyak lagi.. Dari pengetahuan saya saja lah( jadi klu salah jgn marah key) subgenre ini sebenarnya telah dibawa oleh golongan Punk , maka pada masa tersebut lah menentukan identiti Alt-rock iaitu pergerakkannya adalah melalui industri underground. Golongan muzik ini telah ditakrifkan sebagai menolak ke "komersial" an aliran budaya Mainstream dengan menggunakan aliran underground yang telah diperkenalkan oleh golongan Punk Rock pada ketika itu. Jadi apabila mereka menolak aliran mainstream, secara umumnya bermaksud muzik ini hanya dimainkan dikelab-kelab kecil. Tidak seperti Mainstream, mereka merakamkan lagu mereka hanya untuk label/diketegorikan independent. Maka peyebaran lagu mereka tidak meluas seperti Mainstream dan muzik ini selalunya hanya tersebar daripada mulut ke mulut pada masa tersebut (1980 an).   Pada masa itu muzik ini dibawa oleh band-band underground yang merupakan golongan Punk dan pemuzik Punk Rock yang telah sedia ada ketika itu... Antara band-band Punk Rock pula adalah seperti Ramones, AC DC, Pink Floyd Green Day, Blink 182 dan banyak lagi la... Jadi Alternatif Rock ini merupakan salah satu cabang lain untuk muzik Rock seperti mana muzik Punk Rock....huhuhuhu,,, Saya rasa cukup dulu la sampai part pengenalan ja . Jd klu ada sesiapa berminat saya akan sambung lagi cerita dari F ke I pulak mengenai ciri-ciri dan mungkin serba sedikit sejarah muzik ini dan muzik-muzik yang seangkatan dengan muzik Alt-Rock seperti Rock dan Punk Rock. dan mungkin saya akan menceritakan pula mengenai kelahiran subgenre Alt-rock dan muzik-muzik alternatif yang lain seperti Alternative Pop, Noise Rock, Heavy Metal dan etc... Hope will be continue...Hey Gabba Gabba Hey




No comments:

Post a Comment